Thursday, September 30, 2010

Edaran Akhbar Utusan Malaysia








Sekretariat Program JELAJAH telah mengedarkan akhbar Utusan Malaysia di sekitar Penaga sebanyak 400 naskah kepada penduduk dan sekolah  sekitar Penaga. Utusan Malaysia adalah Akhbar Rasmi bagi program JELAJAH.

JELAJAH KE KONTI MUTIARA FM

Encik Azman dan Encik Anuar selaku setiausaha bersama jawatankuasa induk JELAJAH sedang ditemuramah oleh DJ Nurul. Ramah betul DJ Nurul. Dalam kesempatan 30 minit yang diberikan oleh pihak Jabatan Penyiaran Utara, banyak perkara yang dimaklumkan kepada para pendengar tentang JELAJAH. Apa yang penting sekarang ialah ' KERJASAMA" dari semua pihak untuk membantu JELAJAH mencapai objektifnya. Terima Kasih Mutiara FM. Jangan Lupa dengaq no........

Wednesday, September 29, 2010

ANTARA TEMPAT YANG BAKAL DI LALUI JELAJAH

 TEMPAT PELEPASAN JELAJAH PADA JAM 7.30 PAGI, 1 OKTOBER 2010
 CP 1 : KOMPLEKS TASEK GELUGOR
 PASAR AWAM : JELAJAH BERSAMA MASYARAKAT
 CP 2 : BAGAN AJAM
SOLAT SUBUH DI MASJID JAMIUL BADAWI PADA 1/10/10

BERMULA DI RUMAH ALLAH ( MASJID JAMIUL BADAWI .PELEPASAN DI RUMAH BERSEJARAH UMNO KEPALA BATAS ) , BERAKHIR JUGA DI RUMAH ALLAH ( MASJID SIMPANG AMPAT , SEBERANG PERAI SELATAN).INDAHNYA JELAJAH.

TRANSFORMASI DAN TARBIYYAH

JELAJAH MEMBAWA GERAKAN OBOR : NUR IQRA KE KAWASAN NIBONG TEBAL

JELAJAH meneruskan agenda memartabatkan kegemilangan bangsa dan agama melalui Program Gerakan Obor Nur Iqra. Gerakan Obor merupakan sub kepada JELAJAH di dalam memajukan serta menyedarkan anak bangsa tentang kepentingan ilmu. Antara isi kandung yang disampaikan oleh penceramah ialah seperti berikut :

1. Menyedari keagungan Iqra dalam menggerakkan motivasi belajar
2. mendedahkan rahsia kejayaan murid cemerlang
3. mendedahkan kemaslahatan belia Melayu kini dan cara mengatasinya
4. memaklumkan kepada peserta tentang kesungguhan kerajaan membantu sistem pendidikan melalui peruntukan yang besar
5. melatih peserta supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan di dalam suasana negara yang aman
6. mendidik peserta supaya sentiasa patriotik kepada negara
7. memberi makluman kepada peserta tentang peripentingnya semangat perpaduan di Malaysia
8. menjelaskan kepada peserta tentang konsep 1 Malaysia.

Berikut ialah makluman berkaitan program  :

1. SMK Simpang Ampat, SPS     Bil Peserta : 130 orang         Penceramah : Cikgu Abdul Hadi b Nordin
2. SMK Mutiara Impian               Bil Peserta : 240 orang         Penceramah : Cikgu Ismail Said
3. SMK Barakbah                        Bil Peserta : 70 orang           Penceramah : En Auzait Samsudin
4. SM Teknik Nibong Tebal        Bil Peserta : 236 orang         Penceramah : Cikgu Jamaludin Hashim
5. SMKA Nibong Tebal              Bil Peserta 210 orang            Penceramah : En Yusaini Yusof
6. SMK Sg Aceh                          Bil Peserta 110 orang           Penceramah : En Rosmaini b Ahmad

TENTATIF PENUH PROGRAM JELAJAH. RAMAI-RAMAI MAI TENGOK

 1 OKTOBER 2010 ( JUMAAT)

MASA
AKTIVITI
5.45 pagi
6.30 pagi
Solat Subuh di Masjid Jamiul Badawi 
Pendaftaran Peserta
7.00 pagi
Sarapan pagi di Rumah Sejarah
Bacaan Doa
Lagu Negaraku
Lagu Pulau Pinang
Ucapan Pelancaran Oleh Y.Bhg Dato' Seri Di Raja Mahadzir b Khalid
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 
Penyerahan Cenderamata
7.30 pagi
Pelepasan peserta
Bermula di Rumah Sejarah – Pajak Song- Pongsu Seribu- PokokSena- Pokok Tampang- Kompleks Tasek Gelugor ( BERHENTI DI PASAR TASEK
GELUGOR )
10.45 pagi
Kompleks Tasek Gelugor- Lahar Yooi-Sg Dua-Pasar Bagan Ajam ( BERHENTI CP 2)-Butterworth- Chain Ferry- Pasar Orang Kaya-Hotel Sunway-Pasar Seberang Jaya
( BERHENTI CP 3 MASJID SEBERANG JAYA DAN TAMAT ZON 1 SEJAUH 36KM).
 12.30 tgh
Rehat dan Solat Jumaat
SAMBUNGAN.................
MASA
AKTIVITI
2.00 ptg
2.30 ptg
Edaran
Zon 2 :Pelepasan oleh Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh dan ADUN Seberang Jaya
Laluan : Masjid Seb Jaya- Pusingan Bulatan Seb Jaya-Kampung Pertama-Pusingan Bulatan Bukit Tengah-Bukit Minyak-Pasaraya Crico ( BERHENTI CP 4. HADAPAN CRICO )
4.00 ptg
6.30 ptg
Teruskan perjalanan melalui Bukit Minyak- Permatang Tinggi-Simpang Ampat Tasek ( Solat di Masjid Simpang Ampat)-Sg Bakap- SMK Sg Aceh
Majlis Sambutan Konvoi JELAJAH oleh KADUN Sg Aceh
( BERHENTI CP 5 DAN TAMAT BAGI ZON 2 SEJAUH 30KM.
6.45 ptg
8.00 mlm
8.45 mlm
9.30 mlm
Taklimat penginapan
Kemas Diri
Solat Maghrib
Makan Malam Keraian
Ucap Selamat Datang daripada Ketua Bahagian UMNO Nibong Tebal
Solat Isyak
Persembahan Kebudayaan 1 Malaysia
11.00 mlm
Minum malam
Rehat Diri
2 OKTOBER 2010 ( SABTU ) 
MASA
AKTIVITI
5.30 pagi
Kemas Diri
Solat Subuh
Sarapan pagi
7.30 pagi
Khidmat Komuniti di SMK Sg Aceh
Pelepasan oleh Ketua Bahagian UMNO Nibong Tebal dan ADUN Sg Aceh
8.30 pagi
Ziarah Amal dan sumbangan cenderamata di Hospital Sg Bakap  ( CP 6)
10.00 pagi
2.00 tgh
Bergerak pulang melalui Pekan Sg Bakap- Valdoor- Masjid Padang Lalang  ( Kenduri Masyarakat –Penyelaras KADUN) CP 7- Kepala Gajah- Bandar Tasek Mutiara- solat Zohor di Masjid Simpang Ampat
TAMAT

"JELAJAH" KE UDARA JAM 3.30 PETANG, 28.9.10 DI MUTIARA FM.PAKAT DENGAQ RAMAI-RAMAI NO....

Pihak jawatankuasa JELAJAH mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penyiaran  Pulau Pinang di dalam membantu membuat hebahan berkaitan JELAJAH kepada seluruh warga Pulau Pinang dan pendengar Mutiara FM. Ada banyak perkara menarik yang bakal di maklumkan kepada pendengar tentang program JELAJAH dalam slot 3.30 petang hari ini.

Monday, September 27, 2010

YAYASAN RESTU MENERUSKAN TRADISI AMAL DI DALAM JELAJAH

Al Quran waqaf bakal disumbangkan kepada sekolah dan masjid yang akan dilalui oleh peserta JELAJAH. Sumbangan Quran waqaf ini membuktikan komitmen penganjur iaitu Biro Latihan UMNO Pulau Pinang, Kelab Warisan Malaysia, Biro Tatanegara Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Khas Pulau Pinang di dalam menjayakan misi mendekatkan generasi dengan kegemilangan Al Quran. JELAJAH :" Kata Dikota"

JELAJAH MASUK AKHBAR

Y.Bhg Dato' Seri Abdul Latif Mirasa menjelaskan dalam kenyataan akhbarnya tentang perjalanan penuh program JELAJAH. Jelajah diharapkan dapat memberi roh baru kepada kesedaran orang Melayu Pulau Pinang tentang erti perjuangan dan bersama-sama menghayati konsep One Malaysia yang di bawa oleh YAB Perdana Menteri. JELAJAH telah mendapat liputan dalam akhbar Berita Harian,Harian Metro bertarikh 23 /9/2010  dan Utusan Malaysia 24/9/2010.

Tuesday, September 21, 2010

Sidang Media Program JELAJAH




JELAJAH DARIPADA PERSPEKTIF DATO' ABDUL LATIFF MIRASA

 PENGERUSI INDUK JELAJAH

Antara kerangka utama yang diberi perhatian oleh beliau dinukilkan seperti di bawah :

1.    menjelaskan kepada peserta dan masyarakat kawasan-kawasan yang dijelajahi tentang konsep 1 Malaysia. Peringkat awal , pihak penganjur menumpukan perhatian terhadap nilai pemahaman masyarakat terhadap konsep 1 Malaysia itu sendiri.
2.     membentuk nilai ukhuwah yang kuat bagi menggelakkan unsur-unsur ekstrim dalam setiap isu yang timbul atau berbangkit
3.     memberi makluman bahawa komitmen agensi kerajaan Persekutuan yang begitu komited membantu rakyat di Pulau Pinang.
4.     merapatkan hubungan penganjur dengan agensi kerajaan yang lain dan pertubuhan bukan kerajaan.
5.     menyuburkan semangat kesukarelawan dikalangan peserta
6.     menyuburkan semangat “bersama” rakyat

Beliau berharap, entiti 1 Malaysia dapat difahami dalam skop yang benar-benar jelas, tepat dan tetap di hati naluri rakyat.JELAJAH akan terus memasuki keseluruh kawasan kampung, desa, pekan dan bandar dalam menjuari semangat istiqamah perjuangan demi Alif, Ba dan Ta.

TERAS AKAR JELAJAH



Nilai perpaduan dan nilai kesaksamaan bernegara adalah teras utama  dalam mewujudkan unsur kenegaraan sejak merdeka. Lumrah kehidupan, semuanya ingin mencari titik persamaan supaya setiap yang dirancang berjaya dilaksanakan. Bagi negara kita Malaysia, titik persamaan tersebut terletak kepada entiti nilai saling mempercayai , saling menghormati dan saling menyintai antara satu sama lain. Rangkuman ketiga-tiganya maka wujudlah satu Persetiaan Murni yang sering digelarkan dengan istilah Kontrak Sosial. Hasilnya, sebuah perlembagaan terbentuk dan terbinalah sebuah negara merdeka yang diberi nama Malaysia. Perlembagaan yang dibina atas kata sepakat bersama, telah membentuk Rukun Negara supaya semua kaum yang terdapat di dalam negara ini memahami usul sebenar erti perpaduan.


Maka dengan itu, untuk memastikan ketiga-tiga entiti tadi menjadi kenyataan yang berterusan Biro Latihan UMNO Pulau Pinang dan Kelab Warisan Malaysia Biro Pulau Pinang dengan kerjasama Biro Tatanegara Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Pulau Pinang akan menggerakan sebuah program yang diberi nama JELAJAH. JELAJAH  ialah satu program yang berkonsepkan bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain dengan menggunakan basikal.Pengisian dalam bentuk berbasikal dalam JELAJAH ini adalah mengenang kembali semangat Dato’ Onn Jaafar yang masuk ke kampung-kampung di dalam memastikan rakyat ketika itu bangkit menentang Malayan Union. Ketika itu, Tanah Melayu sedang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Kesinambungan sejarah ini diadaptasi dengan realiti hari ini. Berbasikal telah menjadi salah satu daripada aktiviti rekreasi. Namun, sejarah membuktikan bahawa sebelum Jepun menyerang dengan menggunakan kapal terbang , basikal telah menjadi kenderaan utama untuk mereka bergerak dan menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air.


Atas dasar itu,semua nilai  sejarah dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan, sewaktu mencapai kemerdekaan , mengisi kemerdekaan, terbentuknya Malaysia dan selepas 53 tahun merdeka, dijadikan landasan utama menggerakkan program JELAJAH. JELAJAH seperti pendekatan Dato’ Onn menyedarkan rakyat ketika itu, akhirnya membuahkan kejayaan permulaan dalam proses mencapai kemerdekaan.Justeru, pihak penganjur telah menjadikan senario sejarah yang berlaku di negara ini, sebagai asas kepada program JELAJAH . Mungkin sebelum ini kita pernah mendengar dan melihat sendiri program Jelajah menggunakan basikal oleh persatuan berbasikal atau rekreasi.Namun, apa yang membezakan JELAJAH dengan aktiviti berbasikal yang lain ialah pengisian di setiap tempat perhentian yang mementingkan aktiviti penyampaian maklumat, kesukarelawan dan keagamaan.Pihak penganjur berharap agar, JELAJAH dapat dibantu secara kolaborasi oleh semua pihak yang dipanggil untuk menjayakan MISI JELAJAH. Sesungguhnya kejayaan membina sebuah negara adalah berpaksikan kepada kerjasama yang erat.

KELAB WARISAN MALAYSIA (KERIS) PULAU PINANG
BIRO LATIHAN UMNO PULAU PINANG
20 SEPTEMBER 2010